Sunday, March 29

Pesta buku dan Saya

Assalammualaikum, seingat aku last aku update blog masa aku berada di Matrikulasi, i guess dlm tahun 2013. Dan sekarang dah tahun 2015. Sebenarnya tujuan asal aku aktifkan blog ni semula, disebabkan assignment individu yg telah diberikan. Encik Ahmad Sahidah, pensyarah subjek Sains pemikiran dan Etika, berikan kami tugasan untuk membuat blog dan entri bertajuk "Pesta buku dan Saya".


Aku dan maskot.




Ini di antara aktiviti yang dijalankan sepanjang pesta buku ini berlangsung.

  



 

Antara buku yang dibeli di pesta buku. Guna baucar je.



Monday, February 4

my mind never sleeps

Ehem, ehem *betul-betulkan baju* Dengan lafaz bismillahhirahmannirrahim , dengan ini saya ingin mengisytiharkan bahawasanya saya dah habis mid exam. Hoyeaah yeah yeah yeahhh *gelek-gelek* k cukup. Sekarang syaz dah balik rumah bersuka ria membuang masa sana sini haha. Student lain cuti sebulan, Matriks Perlis cuti lagi advance tau. Duaaaaa haa , yes dua. Ye dua . Err dua belas hari.

* krik krik krik *


Hai, pejam celik pejam celik lagi 2 bulan lebih lagi Syaz dekat Matrik untuk sem dua ni. Haa jengjengjeng *muka bangga* Tapi, kerja still sama. Kena fikir pasal projek, pasal itu, pasal ini. Sehari tanpa kerja ibarat sebatang pensil boleh beranak. Haa nampak betapa benda ni tak pernah berlaku. Maksudnya tak pernah sehari takde kerja. Kesian. K diam

Tengah cuti-cuti ni, tetibe rasa nak update pasal matriculation life haha. Setiap hari kitorang bergambar. Even baru kenal diorang dekat Matriks tapi rasa macam dah kenal beribu tahun lamanya *ceh ayat* Meh sini nak tunjukkan geng sekutu Syaz yang suka buat gila. I mean, selalu buat Syaz gelak.. Seriously



Atem, Syaz, Sweetheart heww, Akmal, Luke. Yeahh diorang selalu dengan syaz, lagi lagi yang tengah tu. Dia pandai pujuk . dia suka sebut "aippp awak, tak mau tak mau" haha .Atem tu roomates Syaz, kitorang ade gaduh sikit tapi alhamdulillah sekarang dah makin okay :) Yang suka buat muka innocent tu, nama dia Luke. Dia suka sangat buat syaz terkejut. Saja je gesek kaki lah, macam macam peragai.



*tengok yang pakai spek tu* Dia suka sangat buat muka, kalau duduk dengan dia, mesti gelak-gelak. Tapi dia garang.bila dia marah, dia baru je sebut "SYAZZZ" dengan muka serious dia , terus saya kecut .Apapun, kawan dengan dia, best. Dia cool. 


Haa jengjengg . Tudung merah tu, Farah Rohaida tapi glamournya org pangil Ayonk je. Selalu jadi tempat syaz mintak nasihat. Shaf pulak, geng syaz dalam kelas & kuliah. Dalam kelas kitorang selalu duduk berdua je hehe. Ye kami tau kami sweet. 

Setakat ni dulu lah eh , nanti kita sambung lagi. Assalammualaikum



Monday, August 13

rindu yang tak berapa rindu


Assalamualaikum , gadis gadis dan jejaka hensem sekalian. 

  Gambar 1# rapat , Eiz Syaz Atem

Dah dekat 2 bulan lebih kot Syaz biarkan blog ni macam tu saja, sepi tanpa berita hmm Tapi yang penting , tempat Syaz belajar memang ada masalah dengan internet. Syaz pun tak paham betol . Act Syaz tengah cuti sekarang , baru je habis exam Ujian Pertengahan Semester (UPS) . Resultnya akan tahu dlm masa 2 week laterr, hmm tawakal saja :) 

Untuk ringkasan perjalanan hidup Syaz selama berada di KMP, syaz buat satu kisah utk cerita kan apa yang syaz alami di sana. konon dalam cerita ni , "Aku" adalah diri syaz sendiri lah , tapi rasanya cerita ni lebih banyak berkisar pasal roomates Syaz, A1T307. Entah macam mana rajin pulak nak bercerita segala kan, heww enjoy  J


Kisah 'AKU '

Ingat lagi waktu hari pertama abah dengan umi hantar ke kolej. Dah la hanya Wani sorang je yang dapat hantar aku, adik adik yang lain kena tinggal. Dengan parking penuh sampai kena letak kereta dekat belakang blok lelaki. Punyalah aku sedih. Punyalah aku takut tak boleh nak berdikari. Punyalah aku rasa nak balik je bila hadapi setiap masalah yang datang. Punyalah aku rasa nak cepat cepat habis semester satu. Punyalah aku nangis tiap malam sebab rindukan family kawan , arwah mamu. Punyalah kan *urut dada

Tapi lepas aku meniti hari hari selama 75 hari dekat kolej Matrikulasi Perlis ni, tibe tibe je terselit rasa sayang sangat nak tinggalkan bilik ,romate ,clasmate, Awal Asshari sekali. ewahh nampak sedih sangat leteww kann

Aku makin boleh berdiri sendiri. Ingat lagi aku dengan pesan umi, jaga diri. Kena pandai  bawa diri dekat tempat org walaupun tu tempat kelahiran aku. Bangun awal . Pesan abah pula, jangan tinggal solat. Cari kawan yang baik, Jangan malas belajar. Jangan tak basuh baju. Jangan bangun lambat ikut suka hang pastu poteng kelas. I end up boleh atasi semua tu. Hihi berguna juga umi abah nasihat macam macam. I always thought umi takut aku tak boleh nak berdikari sebab aku ni emmmhem, sebenarnya aku tak pernah berjauhan dengan family. Boleh dikategorikan anak manja juga, semua kena ikut kepala angin aku.




Gambar 2# Posing sikit depan komsas kami , Komsas Siti Aisyah 
Gambar 3# Kami lagi tapi Syikin tak da dlm tu
Gambar 4# Nak pusing pusing jap , Eiz Syikin Syaz 

Dah tiga hari masuk hari ni aku dekat rumah. Cuti aku dah start. Aku dah mula rindu teruk dekat romates aku. Walaupun kami ada bergaduh kecik, jeling menjeling manja. Sekejap okay , sekejap berombak #cewah . Main cop cop geng . Kau geng aku , aku geng dia , dia tak da geng ? Haishh lidah yang terjaga pun boleh tergigit tak kan lah kawan kawan tak boleh kan err --' Bila kita sweet , kita piknic ramai ramai . "Abang , kami nak order pizza ni " pahtu kita pusing satu kolej sama sama . Kita posing sakan pahtu gelak kuat kuat. Pahtu amik lagi gambar sampai semua naik penat. 


Bila ada majlis dalam dewan , mesti salah sorang drpd kita akan pergi awal, sebab nak cop tempat. 

''SOri , tempat ni dah ada org cop '' ''Weyh kau kat mana ? Aku dah cop tempat ni , cepat ! ''

Satu baris kerusi tu , hanya kita kita je. Bukan kita tak nak bercampur dgn org lain , bukan kita tak nak bergaul sosial tapi kita cuna nak eratkan hubungan antara kita. Masa ni je kita dapat gelak bersama selain masa dalam bilik. Jujur nya aku kata, aku banyak terasa hati dengan depa. Kadang kadang depa buli aku , layan aku macam budak kecik "sshhh syaz tak boleh taw ni , dia budak kecik " hmm cakap aku tak matang, marah aku kalau aku gayut fon tengah malam. tak pe aku sabar

Tapi tu dah tak penting , semua tu lagi mengeratkan kita kan ? walaupun sakit hati tapi kekadang nya aku suka juga kena layan macam tu. Maklum lah aku ni tak da kakak kandung , bila depa layan aku macam adik depa ,sekurangnya dapat juga aku merasa kasih seorang kakak  ecceh buat touching tiba tiba :D

Well pendek kata . Aku rindukan setiap detik kita bersama. Betul juga kata Cikgu aku dulu , kawan masa sekolah dengan kawan yang kita akan jumpa lepas sekolah sangat tak sama. Memang depa 100% tak sama langsung, habis berhempas pulas aku usaha kan untuk terima hangpa akhirnya aku berjaya.


Gambar 5# Eiz Syaz Tia(Kai) Farah(Kyok) Atem Syikin (Mama)
Gambar 6# Atem Syaz , paling rapat dengan dia. Bila aku nagis kau yg lap air mata aku , bila aku bangun tidur kau yang peluk aku , bila kau marah aku merajuk 

Ni puasa terakhir kita bersama kan , enam kepala. Next year dah tak sempat nak puasa bersama lagi, jadi sekalung terima kasih kepada hangpa semua sebab berusaha kuat juga utk kejutkan aku bersahur. Selalu nya kalau kat rumah waktu sahur, umi masuk bilik aku pahtu duduk kat sebelah aku tidur , kejutkan aku perlahan lahan. tu dekat rumah , dekat KMP tak yah tanya lah . Kekadang satu bilik tak sahur , aku mengada pergi mengadu dekat umi .

Punyalah kan umi pesan " nanti tidur jangan silent fon , nanti umi kejut kan"   Satu dua tiga empat ..... missed call dari umi dgn abah , tu belum tambah dari Awal Asshari lagi. Kekadang sampai depa kena tarik tangan aku bangun , paksa aku makan. Ada juga sampai aku makan roti pahtu pergi baring kejap konon nya akhirnya aku tidur dengan nyenyak nya, nasib baik roti tu dah habis aku telan haha

Bila minggu UPS , dalam bilik kita study sama sama , setiap malam Atem Aku dengan Eiz turun pergi cafe . Study lagi sambil gelak tapi masih boleh dikira sebagai study lagi. Harap result kita okay macam yang kita doa selalu .

Kesimpulan nya , You girls always stay in my heart . Aku pun tak taw kenapa aku buat post berjela panjang ni tentang korang. Mungkin aku rindu , mungkin sedang dirindui atau mungkin dilanda kerinduan ? k tak payah nak mungkin sangat lah .. tamat 

Nanti Syaz cerita pasal clasmate yang gila hapening pula  J psst , raya dah dekat yayy

Saturday, May 19

Wish you were here

Assalammualaikum, jutaan terima kasih kepada Wani , Dik Epul , Raffiq Tinggi , Nur Alyaa , Sofi Zumirah , Krel , Own , Mohd Adib , Adam Aidil dan semua yang tak di sebut nama . Sebab korang ,Syaz masih kekal dgn diri Syaz yang dulu. tak kan terbalas dgn apa yg korang dah sangup buat demi Syaz. Ada yg sangup bawa Syaz pergi keluar berjalan, ada yang sangup berhabis topup utk Syaz , sangup mendengar dan bangkit kan semula semangat Syaz semasa sedih.Terima kasih 


Mamu, 
baru hari ni ana ada kekuatan untuk bercerita tentang ketiadaan mamu dalam hidup ana.Tak pernah ana inginkan perpisahan terjadi sebab sejak dulu ana ingin bersama Mamu sehingga ke akhir hayat ana. Ana harapkan cinta kita kekal abadi , terus bahagia . Sehingga kini ana masih terbayang ketika kita bersama dulu. Kenangan cinta kita ? Selepas mamu tinggalkan ana, seluruh hidup ana gelap tanpa perhatian , kasih sayang dari Mamu. Kekadang ana hanyut teringatkan Mamu.


28 Januari

Mamu, hari ni kita jumpa buat pertama kali setelah dua tahun kita berkawan. Mamu masih ingat kan saat Mamu tercari cari flat kakak sedara ana ? Mamu masih ingat kan lambaian tangan ana sewaktu Mamu sampai dkt pondok guard tu ? Mamu datang dgn tiga orang lagi kawan Mamu. Kawan Mamu semuanya baik dgn ana. Sekarang ni dyorg semua jadi kawan ana juga, dyorg jaga ana selepas Mamu pergi. Sebab dyorg tak nak ana patah semangat.

Ana masih ingat waktu kita berebut henfon. Kelakar sunguh kan masa tu ? Gara gara Mamu berdebar nak jumpa ana, habis mengelatar tgn Mamu. Masa mula mula Mamu sampai ,Mamu salam dgn abg sedara ana. Mamu minta izin dari dia utk pinjam ana. Lepas tu Mamu terus pergi tandas, kawan Mamu cakap Mamu berpeluh. Ana tergelak saja.

Dua jam berlalu, abg sedara ana hantar sms suruh ana balik tidur. Katanya dah lewat ni. Tergagap gagap ana bagitau dkt Mamu . Ana nampak riak muka kecewa Mamu tapi Mamu cuba sembunyikan bila ana pandang Mamu. ana tahu Mamu masih tak puas jumpa ana. Bukti ? keesokkan paginya Mamu asyik komplen , tanya bila kita boleh jumpa lagi ?

12 Mac

“ Huu Ooo, Ku juga mencintai dirimu ,
Mengapa sukar tuk ku luahan kan,
Bukan sengaja ku menahan,
Bibir membeku lidah terkelu

Ku juga mencintai dirimu,
Kau amat sempurna buatku,
Bukan sengaja ku biarkan,
Kan ku ucap juga padamu ”


Henfon ana berbunyi. Pantas je tgn ana sambar henfon tu, ceria suara ana jawab salam dari Mamu. Ana tahu Mamu akan call ana . Masih tergiang giang ketawa Mamu mengejek ana , Mamu kata mesti ana rindukan Mamu sebab tu ceria sangat. Tapi ana ckp kata tak rindu Mamu pun tapi sebenar nya betul. Maafkan ana, ana tipu Mamu.


Mamu : Syaz, kita kawan kan ?
Ana : Mestilah
Mamu : Mamu tak da ckp pun nak jadi pakwe Syaz dan Syaz pun tak da ckp nak jadi makwe Mamu kan ?
Ana terus membisu .
Mamu : Apa kata malam ni , Mamu lamar Syaz. Syaz sudi tak jadi awek Mamu ?


Secara rasminya detik itu, ana bergelar kekasih kepada Muhammad Fahmi, gegurl Mamu. Sejak hari tu Mamu pangil ana dgn pangilan “Ana” , bukan lagi dgn nama “Syaz” yang dulu. Mamu mahu kan nama “Ana” tu hanya untuk Mamu. Ana tunaikan hajat Mamu. Sehingga hari ni tiada lagi lelaki lain yang gunakan nama tu.

Hari hari seterusnya

Setiap hari kita ber-sms . Kekadang Mamu hantar sms dulu , kekadang ana pula. Ada satu hari, Mamu minta gambar ana banyak banyak. Ana tanya nak buat apa dgn gambar tu ? Kata Mamu nak simpan , bila Mamu tengok gambar ana ,, Mamu akan jadi bersemangat nak buat sesuatu. Ana kata Mamu tipu je tu tapi Mamu bersunguh sunguh yakin kan ana. Sejak dari tu ana selalu bagi gambar utk Mamu. Setiap gambar ana mesti Mamu komen itu ini.

Ana selalu tertidur bila sms dgn Mamu. Yelah ,kita selalu sms waktu malam je. Siang hari Mamu ada kuliah, petang baru balik. Mulanya susah ana nak terima jadual harian Mamu . Merajuk dgn Mamu lepas tu berleter mcm2 tapi Mamu tetap bersabar layan mulut celoteh ana ni. Mamu ckp bangga nya ada awek yang banyak ckp ni.

Ana selalu rasa yang ana tak layak utk Mamu. Mungkin sebab faktor merendah diri atau fakta tidak cantik.
Ana Tanya Mamu , kenapa syg ana ek ? Ana rasa tak layak utk cinta Mamu .
Mamu jawab , mcm lagu saleem “bukan kerana paras dan rupa menyayangimu sepenuh hati , cintaku tulus suci”.
Tergelak ana dgr , sejak tu ana pasti Mamu adalah lelaki utk ana.Lagi pun mamu ada cakap dkt ana, lagi empat tahun mamu hantar rombongan. Mamu serious dgn hubungan kita.

Setiap hari jumaat , sama ada sebelum atau selepas solat jumaat Mamu mesti sms ana. Kekadang mamu call terus. Rindu suara ana, kata mamu. “Mamu dah berubah, ana” itu yang selalu mamu ckp pada ana. Alhamdulillah , Allah s.w.t  buka pintu hati mamu utk berubah. Ana tahu setiap inci lembaran sejarah silam mamu. Tapi ana percaya Mamu tetap baik org nya.


28 April

Ana bersyukur ada Mamu dalam hidup ana, I swear . I pray to god that our relationship will last forever. You know what's the best thing that's ever happened to me ? Mamu surprised kan ana dgn kedatangan nya ke Kedah semata mata hanya nak jumpa ana!! I was way too speechless the minute I saw him in front of my grandma's place.

Pagi tu, Ana bangun awal. Mamu bagitau ana yang mamu might be busy so dia minta ana untuk tunggu. Mamu singgah di Sungai Petani dulu sebab nak isi minyak motor. Tapi sejam lepas tu, Mamu bagitau yang dia dah ada kat Gurun! Whose girlfriend won't be surprised knowing that the boyfriend is spending a hell lot of money and traveled thousand miles away just to see the girlfriend?

Mamu call ana utk tanya jalan nak ke kampung ana. Masa tu, ana sendiri naik pening bagi arah dkt Mamu. Sehingga kan Mamu sesat entah ke mana. Hehe.. Bila Mamu dah sampai dkt kampung ana, kita jumpa dkt tepi sawah padi. Romantik kan ? Kali ini ana pula yang berpeluh. Daun dari pokok tepi sawah tu habis ana cabut. Baru ana dapat rasa debaran yang Mamu rasakan sewaktu pertama kali kita berjumpa.

“ Mak kirim salam dkt bakal menantu dia” Itu kata kata pertama bila mata kita memandang sesame sendiri. Ana menjawab salam dari mak Mamu. “Bakal menantu ey ? bila nak kahwin ni ?”, jawab ana pula. Terus mamu ketawa. “ Sabar dulu biar mamu kumpul duit banyak dulu tau!” , itu jawapan mamu .

Lama kita ber-dating dkt situ. Orang yang lalu lalang pun kita buat endah tak endah saja.Maklum lah, di tengah tengah sawah padi kita duduk. Mamu ada tegur sikap ana waktu tu. Kata Mamu,

“ kalau ada orang lalu nanti, jgn pusing muka tang lain. Senyum lah sikit kat depa”

Tapi ana still berdegil. Sekali lagi Mamu tergelak dgn peragai awek mamu seorang ni. Ana masih ingat ketawa Mamu tu. Ana bagitau dkt Mamu yang umi akan balik kampung awal minggu depan. Mamu setia mendengar cerita cerita dari ana. Kemudian mamu pula yang bercerita, ana yang mendegar. Begitu lah seterusnya ,di selang seli dengan usikan manja dan ketawa riang antara kita.

Segak sunguh Mamu hari tu. Makin terasa sayang buat mamu. Sekali sekala Mamu usik ana dgn rakaman suara ana. Ana tak mahu mengalah, ana buat seperti mana yang mamu lakukan. Ketawa kita berdua makin kuat. Bahagia sunguh ana waktu itu.

Hampir dua jam di sana, awan gelap mula kelihatan. Beberapa seketika, hujan turun setitik demi setitik membasahi bumi. Cepat cepat Mamu suruh ana balik ke rumah nenek. Sambil ana berjalan ,Mamu masih nakal mengusik ana.

Mamu : Hai dik, jalan sorang je ? Dah ada pakwe ?
Ana membalas : Dah ada dah.
Mamu tarik muka kemudian tanya lagi : Pakwe duduk mane ? Ngorat boleh ?
Ana : Pakwe ada dkt sebelah ni. Tak payah la ngorat , kita ni setia.
Mamu jelir lidah pada ana.

Sementara itu, hujan makin lebat turun. Ana sampai di rumah nenek, Mamu pula terus saja berteduh di sebuah kedai.  Mamu sms ana suruh redah saja hujan tu sebab mamu fikir hujan tu mungkin berlarutan hingga ke malam. Seperti janji ana pada Mamu sekiranya kita berjumpa, Ana akan masak untuk Mamu. Dan pagi tadi, ana bangun awal hanya utk masak buat Mamu. Ana masak rebung, kesukaan mamu. Kesukaan kita berdua.

Dalam hujan lebat yang tiada tanda tanda mahu behenti, Ana berlari ke arah mamu sambil memangil2 nama mamu. “Mamu ! Mamu ! Mamuu !!” tapi suara ana seakan hilang dek bunyi hujan yang makin lebat. Skirt labuh dan tshirt yang ana pakai waktu itu sudah lencun basah.

Mamu seakan terdengar pangilan ana lalu datang kepada ana dgn secepat nya. Titisan air hujan yang membasahi baju tidak kita hiraukan. Ana hulurkan bungkusan makanan yang ana masak untuk Mamu , Mamu sambut dengan senyuman. Tak sabar mamu nak merasa masakan ana kan ? Kata mamu ,

“Nanti mamu bagi mak rasa masakan ana ye, biar mak komen. Hehe ”

Begitu teruja mamu waktu itu. Mamu serahkan pula satu beg plastik kepada ana. Seakan sebuah kotak terbungkus cantik di dalam nya. Kita saling berpandangan dan membalas senyuman. Dalam sayu kedengaran ungkapan I love you dari bibir mamu. Perlahan lahan Mamu hilang dari pandangan .Ana berlari balik ke rumah nenek semula.

Tett ,bunyi sms masuk di henfon ana.

“Ana jaga diri taw. Mamu syg ana gak. Nanti jumpa lagi ea”

Mcm baru semalam saja ana jumpa mamu dkt kampung ana. Mcm baru semalam saja mamu ajak ana jumpa sebab nak merasa dating utk kali pertama kan.

I can never thank him enough for doing such thing to me. I just realized that I'm the luckiest girl on earth. Alhamdulillah.

Hari Seterusnya

Ungkapan I love you, Miss you , take care semua tu dulu selalu ana dgr. Walau sibuk mana pun Mamu, mamu masih sempat hantar satu sms utk lega kan hati ana. Mamu tahu ana selalu risau kan mamu. Malam tu, ana rasa sedih rasa akan kehilangan sesuatu. Hati ana tak sedap, ana nak cerita pada mamu tapi Mamu sms ana ,katanya Mamu sdang belajar tomoi ala ala silat. Entah lah, ana tak tanya selanjutnya kerana takut gangu Mamu. Kita sms sehingga ana tertidur lagi. Pukul 3 ana dpt sms dari Mamu. Mamu wish gud night , Mamu ucap kata syg , “i love u syaz” ,pesan itu ini pada ana. Ana baca sms mamu dlm keadaan ngatuk , tiba tiba rasa sayu hati ni. Rupa nya itu sms terakhir dari Mamu.

4 Mei (Jumaat)

Pagi tu bermula dgn damai walaupun fikiran asyik teringatkan Mamu. Rasa risau, rindu, sayang pada Mamu bagaikan menikam nikam dada ana. Puas ana tepis tapi masih teringatkan Mamu. Mamu baik baik je kan ? Ana cuba sedap kan hati sendiri. Ana lihat abah sunggul saja walaupun baru selesai solat jumaat. Adakah abah dapat rasa apa yang ana rasa ? Ana menjeling ke arah henfon. Sunyi …

Langsung tidak berbunyi. Agaknya Mamu masih di masjid atau sudah balik ke tempat kuliah semula. Sms dari Mamu tiada langsung. Bila malam menjelang, pukul 8.56 . tertera nombor di skrin henfon ana. Bagaimana pun, laju saja tangan mencapainya .jari menekan lalu diletak kan di telingga.

“Hello, Assalammualaikum. Saya sepupu Fahmi. Ni awek Along kan. Ni nak bagitau ,jangan terkejut ye. Along dah tak ada. Dia accident lepas solat jumaat tadi.Darah beku dkt kepala, awak bawa bersabar ye”

Mamu tahu reaksi ana waktu tu ? terduduk ana mndengar khabar sedih tu, menitis laju air mata ana. Kepala ana pusing, fikiran ana hanya pada Mamu. Ana pergi pada umi , ana tarik tgn umi. Ana cakap Mamu ana dah tak da. Umi gengam tgn ana sekuatnya. Ana tak mampu nak pandang mata umi, ana pejam mata serapat rapat nya. Bayangan wajah mamu , ketawa mamu, suara nakal mamu , semuanya tergiang giang .

Malam tu ,ana tidur awal .Ana tak sangup nak hadapi kenyataan ni. Jujurnya , ana tak dpt terima kenyataan ni. Ana fikir semua ni gurau dari mamu tapi tidak ! Ana call mak Mamu ,,
Mak cam suara ana, mungkin sebab mak lah yang selalu angkat bila ana call Mamu. Ana dgr mak menangis, mak kata

“ Mamu Syazana dah tak ada , Along dah tak ada , Along dah tak ada ”

 Ayat tu yang di ulang ulang di bibir mak. Susah nya ana nak terima kenyataan ni , kenapa Mamu pergi ?

Malam itu juga, Ana tidur bertemankan air mata dan kotak hadiah yang Mamu berikan pada ana. Ana betul betul kesunyian malam tu. Puas dik Epul pujuk ana tapi ana masih tetap menangis.


Dik Epul: Sbar kak, Kalau arwah tau akak cmni. Sedih dia..Anggapkah ni ketentuan allah, Ni ujian bagi akak, akak kena tabah.


Kemudian ana tertidur.


Pagi Sabtu, ana bangun dari tidur. Berat rasanya mata ni nak terbuka, mungkin bengkak. Belum pernah mata ana bengkak seteruk itu. Walaupun sudah hmpir stengah jam ana bangun, ana masih baring di katil . Fikiran ana hanya pada mamu. Semua yang berlaku terasa bagai mimpi. Seketika kemudian, Wani call. Adik kedua ana, bila dengar saja suara Wani.. ana tak dapat tahan air mata.

Wani dgn ana cuma beza setahun. Dia begitu memahami ana, setiap kata kata yang di ucapkan nya mampu membuatkan ana tenang. Pasti umi yang beritahu tentang mamu pada dia. Wani suruh ana makan tapi ana tak nak. Ye, sejak semalam ana belum makan apa apa. Perut terasa kenyang walaupun kosong. Katanya umi risaukan ana, berkali kali umi pangil ana keluar dari bilik , umi suruh ana makan tapi ana buat endah tak endah. Maafkan akak ye umi, akak tak selera. Umi tentu faham.

Patut lah Mamu selalu emosional akhir akhir itu. Ada suatu malam mamu call ana, Mamu luahkan apa yang terpendam di hati mamu. Mamu mohon maaf pada ana, Mamu ucap kata kata yang sunguh bermakna buat ana. Dan ana ada berjanji pada mamu yang ana akan buat seperti yang Mamu lakukan utk ana malam tu. Tapi hajat ana tidak kesampaian, Mamu pergi dulu sebelum ana tunaikan janji ana. Ana terkilan.

Sekarang

Alhamdulillah , ana sudah boleh terima kenyataan bahawa Mamu sudah tiada. Mamu dan ana berada dalam alam yang berbeza. Pada mulanya ana patah semangat tapi kini. Ana dapat kembali semangat ana yang dulu. Mamu sentiasa dlm hati ana. Kata kata mamu , kenangan kita , semuanya ana sematkan dlm hati ini. Walaupun kekadang ana menangis rindukan Mamu , ana akan tabahkan hati . I won't forget this memory. I just won't. This moment is one of the memories that will always be the highlight in my life.

Cuba untuk senyum tapi masih tak boleh. Mungkin senyuman palsu hmm

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau jauhilah Muhammad fahmi daripada azab kubur dan nerakaMu, Kau peliharalah Muhammad fahmi sebagaimana Kau pelihara orang orang yang mulia disisi Mu. I'm begging you, Ya Allah. Please forgive him. Allahyarham Muhammad fahmi, i hope my prayers for you are the best for you now. 


Insyaallah, satu hari nanti, ana datang ziarah Mamu ye? Al-Fatihah.

Monday, December 5

Tamat Sijil Pelajaran Malaysia

Alhamdulillah, Syukur ..

Tiba-tiba , Gua sentap. Ah please, Kenapa baru muncul ? Kenapa baru nak sibuk update blog sekarang ? Mengapa ? Memang la lama tak update, tengah SPM , busy mana boleh update blog, sorry guys. Hihi :D Ehh, nak tahu tak, nak tahu takkkkkk? Semalam kan Syaz dahh Merdekaaa! Merdekaaa, merdeekaaa, merdekaaa!

Satu kepuasan bila ketua pengawas tu kata '' Kamu boleh keluar sekarang'' . Jantung berdebar, rasa nak jerit ada, rasa nak menangis pun ada. Tapi, bila dah merdeka semalam, tu lah last pakai baju sekolah. Last happy - happy dengan diorang, Last pergi ke sekolah tu. Last jugak dapat jumpa ketua pengawas yang hensem tuh #meleleh makcikk

Semalam lepas keluar dewan, Ehh bukan dewan tapi kelas, HAHA. Semua sibuk tanya soklan yang sama, Balance tak balance tak ? Ada yang peluk , Ada yang ambek gamba sama sama. Sumpah sedih ;'( Korang semua, jangan lupa Syaz okay , Seronok la korang dapat pegi kerja, Umi syaz tak bagi syaz keje .Waaaaaaa.

#ni je gambo yang sempat Syaz tangkap


Ya Allah Ya Tuhanku, Kau berkatilah segala ilmu yang telah aku pelajari, permudahkanlah segala urusan bakal penanda kertas ku. Semoga dia tenang semasa menanda, tak da masalah rumah tangga, cukup makan tidur. Semoga SPM ini menjadi penentu masa depan yang cerah buatku. Berikanlah aku keputusan yang cemerlang. Amin, Ya Allah. Amin, Ya Rabbal 'Alamin..

Friday, October 7

Sharing Some Good Stuffs;Friendship



Berdiri : Intan dan Shuang
Nenek kebayan Bongkok : Syaz , Alyaa, Fazira, Sofi
# gamba asal, bebas editan dari photoScape


Hello err stars and moon --'
Hari ni cuti tapi still ade kelas tambahan. Bagi seorang pelajar lah, Syaz rasa cuti dua hari ni masih tak mencukupi. . Ape Syaz merepek? Duhh.


chedule Syaz pada hari ni kononnye: *pergi jamuan akhir tahun kelas 5 Inovatif

  1. Balik dari kelas tambahan, terus mandi
  2. Mandi mandi. Lalala~ Buat housechores. Duhh -..-
  3. Makan untuk alas perut. Telan ubat sebiji #jangan tanya ubat ape xp
  4. Ohh. bukak tv9 dulu, tengok kartun sekejap, Eh silap. Lama sebenarnya,
  5. Tunggu mak Sofi datang ambek.Uhh, lambat nya lambat nya #merungut
  6. Mak Sofi dah datang, abang dia ada sekali lah. mula la nak malumalu. Haha Semestinya
  7. Sampai dekat umah Intan, makan makan. Sosej, Daging burger, Nasi goreng Intan, Sandwich Shuang, Ayam. Err Aiskrim pun
  8. Amek gamba banyakbanyak gileer. Posing bagai nak rak, kalah hots model. Haha
  9. Okay, ramai dah balik, tinggal 6 orang je. Ada kek lebih atas meja, perang kek bermula. habes tudung, muka, baju, semuanya comot.
  10. Dah puas main kek, basuh lantai pula. Menjaga kebersihan itu tanggungjawab kita bersama, kan
  11. Lepas tu, tpon abah suruh datang ambek, kat umah..kedebumm ar. Tidoo.









Information : Budak kelas 5 Inovatif memang sedikit, hanya 21 orang. Sebab tu kami semua nampak macam rapat kan. Rindu semua lah ):

Sunday, May 9

surat untuk KekasihKU

Salam. Haii.

Hari ni hari ibu kan ? Sambut taw jangan tak sambut. awak awak semua bagi apa kat ibu awak nanti ? Syaz tak bagi apa apalah. Hanya wish saja :( sebab syaz nak save duit. Nak beli beg tangan kat umi :)) Hari ni nak cite pasal orang yang paling syaz sayang sayang sayang sangat. Siapa lagi kalau bukan umi. Dalam entry ni jugak syaz nak ceritakan pergorbanan umi sepanjang syaz hidup. Tapi tak lah semua, yang syaz ingat je ^-*


Masa sekolah rendah dulu, setiap hari semua keperluaan syaz untuk ke sekola, umi mesti buat. Pastu, umi buatkan sarapan and then abah hantar ke sekolah. Sudah menjadi rutin harian syaz, setiap hari WAJIB salam tangan umi & abah.
Kalau ada acara apa apa kat sekolah, umi pasti datang. Terutamanya kalau ada hari yang kena tandatangan report card tu. Syaz sentiasa cuba dapat kedudukan yang terbaik dalam kelas sebab nak bagi umi tengok anak dia naik atas pentas. MESTI umi bangga. Kadang² nombor 1 , 3 , 5 . kira hebat lah kan kan . cewaah :)



Bila syaz naik sekolah menenggah pula, umi masih dengan kerja yang sama. Basuh baju , basuh kasut . Kadang² umi bangun 3 4 pagi sebab nak sediakan sarapan untuk syaz. Setiap kali syaz nak periksa , umi suruh buat yang terbaik. Sebelum nak jawab , baca doa dulu. Sehari sebelum nak periksa , umi mesti suruh syaz buat kerja ulangkaji. Buat sama² , semak jawapan sama². Umi cakap kalau kita berusaha pasti kita berjaya. Kata² umi , akak pegang sampai sekarang. Sama jugak kalau ada hari tandatangan report card tu , umi mesti suruh abah datang kalau umi tak dapat datang. Syaz kena faham . Umi sibuk juga.


Umi memang tegas sebab nak anak² dia berjaya dalam hidup. Macam mana umi buat dekat syaz. Macam itu jugaklah umi buat untuk adik² syaz. Kalau syaz degil , mesti umi cubit peha syaz ni. erghh. perit tak terkata tapi syaz tahu semua itu salah syaz. Maafkan akak umi.

UMI,

Banyak yang umi dah lakukan and berkorban dalam hidup akak. Kadang² sampai akak dah tak ingat apa yang umi buat. Akak nak umi tahu , akak sayang sangat dekat umi. Akak tahu akak banyak buat salah kat umi. Akak degil , akak suruh merajuk , akak buat umi menangis tapi akak tahu umi tetap sayang akak. Umi terlalu berharga untuk akak. Tanpa umi, akak tak pasti samaada akak boleh harungi hidup ni seorang diri. Nanti bila akak da kerja , akak nak beli umi sebuah rumah. Umi boleh hias rumah tu dengan citarasa umi. Akak nak mintak maap atas semua kesalahan akak kat umi. Akak sayang Umi sangat sangat. Terima kasih umi, Umilah RATU HATI akak. I love you So Much. Muahh Muahh.


ikhlas dari : seorang anak yang nakal & suka merajuk.

 
Blogger design by suckmylolly.com