Saturday, May 19

Wish you were here

Assalammualaikum, jutaan terima kasih kepada Wani , Dik Epul , Raffiq Tinggi , Nur Alyaa , Sofi Zumirah , Krel , Own , Mohd Adib , Adam Aidil dan semua yang tak di sebut nama . Sebab korang ,Syaz masih kekal dgn diri Syaz yang dulu. tak kan terbalas dgn apa yg korang dah sangup buat demi Syaz. Ada yg sangup bawa Syaz pergi keluar berjalan, ada yang sangup berhabis topup utk Syaz , sangup mendengar dan bangkit kan semula semangat Syaz semasa sedih.Terima kasih 


Mamu, 
baru hari ni ana ada kekuatan untuk bercerita tentang ketiadaan mamu dalam hidup ana.Tak pernah ana inginkan perpisahan terjadi sebab sejak dulu ana ingin bersama Mamu sehingga ke akhir hayat ana. Ana harapkan cinta kita kekal abadi , terus bahagia . Sehingga kini ana masih terbayang ketika kita bersama dulu. Kenangan cinta kita ? Selepas mamu tinggalkan ana, seluruh hidup ana gelap tanpa perhatian , kasih sayang dari Mamu. Kekadang ana hanyut teringatkan Mamu.


28 Januari

Mamu, hari ni kita jumpa buat pertama kali setelah dua tahun kita berkawan. Mamu masih ingat kan saat Mamu tercari cari flat kakak sedara ana ? Mamu masih ingat kan lambaian tangan ana sewaktu Mamu sampai dkt pondok guard tu ? Mamu datang dgn tiga orang lagi kawan Mamu. Kawan Mamu semuanya baik dgn ana. Sekarang ni dyorg semua jadi kawan ana juga, dyorg jaga ana selepas Mamu pergi. Sebab dyorg tak nak ana patah semangat.

Ana masih ingat waktu kita berebut henfon. Kelakar sunguh kan masa tu ? Gara gara Mamu berdebar nak jumpa ana, habis mengelatar tgn Mamu. Masa mula mula Mamu sampai ,Mamu salam dgn abg sedara ana. Mamu minta izin dari dia utk pinjam ana. Lepas tu Mamu terus pergi tandas, kawan Mamu cakap Mamu berpeluh. Ana tergelak saja.

Dua jam berlalu, abg sedara ana hantar sms suruh ana balik tidur. Katanya dah lewat ni. Tergagap gagap ana bagitau dkt Mamu . Ana nampak riak muka kecewa Mamu tapi Mamu cuba sembunyikan bila ana pandang Mamu. ana tahu Mamu masih tak puas jumpa ana. Bukti ? keesokkan paginya Mamu asyik komplen , tanya bila kita boleh jumpa lagi ?

12 Mac

“ Huu Ooo, Ku juga mencintai dirimu ,
Mengapa sukar tuk ku luahan kan,
Bukan sengaja ku menahan,
Bibir membeku lidah terkelu

Ku juga mencintai dirimu,
Kau amat sempurna buatku,
Bukan sengaja ku biarkan,
Kan ku ucap juga padamu ”


Henfon ana berbunyi. Pantas je tgn ana sambar henfon tu, ceria suara ana jawab salam dari Mamu. Ana tahu Mamu akan call ana . Masih tergiang giang ketawa Mamu mengejek ana , Mamu kata mesti ana rindukan Mamu sebab tu ceria sangat. Tapi ana ckp kata tak rindu Mamu pun tapi sebenar nya betul. Maafkan ana, ana tipu Mamu.


Mamu : Syaz, kita kawan kan ?
Ana : Mestilah
Mamu : Mamu tak da ckp pun nak jadi pakwe Syaz dan Syaz pun tak da ckp nak jadi makwe Mamu kan ?
Ana terus membisu .
Mamu : Apa kata malam ni , Mamu lamar Syaz. Syaz sudi tak jadi awek Mamu ?


Secara rasminya detik itu, ana bergelar kekasih kepada Muhammad Fahmi, gegurl Mamu. Sejak hari tu Mamu pangil ana dgn pangilan “Ana” , bukan lagi dgn nama “Syaz” yang dulu. Mamu mahu kan nama “Ana” tu hanya untuk Mamu. Ana tunaikan hajat Mamu. Sehingga hari ni tiada lagi lelaki lain yang gunakan nama tu.

Hari hari seterusnya

Setiap hari kita ber-sms . Kekadang Mamu hantar sms dulu , kekadang ana pula. Ada satu hari, Mamu minta gambar ana banyak banyak. Ana tanya nak buat apa dgn gambar tu ? Kata Mamu nak simpan , bila Mamu tengok gambar ana ,, Mamu akan jadi bersemangat nak buat sesuatu. Ana kata Mamu tipu je tu tapi Mamu bersunguh sunguh yakin kan ana. Sejak dari tu ana selalu bagi gambar utk Mamu. Setiap gambar ana mesti Mamu komen itu ini.

Ana selalu tertidur bila sms dgn Mamu. Yelah ,kita selalu sms waktu malam je. Siang hari Mamu ada kuliah, petang baru balik. Mulanya susah ana nak terima jadual harian Mamu . Merajuk dgn Mamu lepas tu berleter mcm2 tapi Mamu tetap bersabar layan mulut celoteh ana ni. Mamu ckp bangga nya ada awek yang banyak ckp ni.

Ana selalu rasa yang ana tak layak utk Mamu. Mungkin sebab faktor merendah diri atau fakta tidak cantik.
Ana Tanya Mamu , kenapa syg ana ek ? Ana rasa tak layak utk cinta Mamu .
Mamu jawab , mcm lagu saleem “bukan kerana paras dan rupa menyayangimu sepenuh hati , cintaku tulus suci”.
Tergelak ana dgr , sejak tu ana pasti Mamu adalah lelaki utk ana.Lagi pun mamu ada cakap dkt ana, lagi empat tahun mamu hantar rombongan. Mamu serious dgn hubungan kita.

Setiap hari jumaat , sama ada sebelum atau selepas solat jumaat Mamu mesti sms ana. Kekadang mamu call terus. Rindu suara ana, kata mamu. “Mamu dah berubah, ana” itu yang selalu mamu ckp pada ana. Alhamdulillah , Allah s.w.t  buka pintu hati mamu utk berubah. Ana tahu setiap inci lembaran sejarah silam mamu. Tapi ana percaya Mamu tetap baik org nya.


28 April

Ana bersyukur ada Mamu dalam hidup ana, I swear . I pray to god that our relationship will last forever. You know what's the best thing that's ever happened to me ? Mamu surprised kan ana dgn kedatangan nya ke Kedah semata mata hanya nak jumpa ana!! I was way too speechless the minute I saw him in front of my grandma's place.

Pagi tu, Ana bangun awal. Mamu bagitau ana yang mamu might be busy so dia minta ana untuk tunggu. Mamu singgah di Sungai Petani dulu sebab nak isi minyak motor. Tapi sejam lepas tu, Mamu bagitau yang dia dah ada kat Gurun! Whose girlfriend won't be surprised knowing that the boyfriend is spending a hell lot of money and traveled thousand miles away just to see the girlfriend?

Mamu call ana utk tanya jalan nak ke kampung ana. Masa tu, ana sendiri naik pening bagi arah dkt Mamu. Sehingga kan Mamu sesat entah ke mana. Hehe.. Bila Mamu dah sampai dkt kampung ana, kita jumpa dkt tepi sawah padi. Romantik kan ? Kali ini ana pula yang berpeluh. Daun dari pokok tepi sawah tu habis ana cabut. Baru ana dapat rasa debaran yang Mamu rasakan sewaktu pertama kali kita berjumpa.

“ Mak kirim salam dkt bakal menantu dia” Itu kata kata pertama bila mata kita memandang sesame sendiri. Ana menjawab salam dari mak Mamu. “Bakal menantu ey ? bila nak kahwin ni ?”, jawab ana pula. Terus mamu ketawa. “ Sabar dulu biar mamu kumpul duit banyak dulu tau!” , itu jawapan mamu .

Lama kita ber-dating dkt situ. Orang yang lalu lalang pun kita buat endah tak endah saja.Maklum lah, di tengah tengah sawah padi kita duduk. Mamu ada tegur sikap ana waktu tu. Kata Mamu,

“ kalau ada orang lalu nanti, jgn pusing muka tang lain. Senyum lah sikit kat depa”

Tapi ana still berdegil. Sekali lagi Mamu tergelak dgn peragai awek mamu seorang ni. Ana masih ingat ketawa Mamu tu. Ana bagitau dkt Mamu yang umi akan balik kampung awal minggu depan. Mamu setia mendengar cerita cerita dari ana. Kemudian mamu pula yang bercerita, ana yang mendegar. Begitu lah seterusnya ,di selang seli dengan usikan manja dan ketawa riang antara kita.

Segak sunguh Mamu hari tu. Makin terasa sayang buat mamu. Sekali sekala Mamu usik ana dgn rakaman suara ana. Ana tak mahu mengalah, ana buat seperti mana yang mamu lakukan. Ketawa kita berdua makin kuat. Bahagia sunguh ana waktu itu.

Hampir dua jam di sana, awan gelap mula kelihatan. Beberapa seketika, hujan turun setitik demi setitik membasahi bumi. Cepat cepat Mamu suruh ana balik ke rumah nenek. Sambil ana berjalan ,Mamu masih nakal mengusik ana.

Mamu : Hai dik, jalan sorang je ? Dah ada pakwe ?
Ana membalas : Dah ada dah.
Mamu tarik muka kemudian tanya lagi : Pakwe duduk mane ? Ngorat boleh ?
Ana : Pakwe ada dkt sebelah ni. Tak payah la ngorat , kita ni setia.
Mamu jelir lidah pada ana.

Sementara itu, hujan makin lebat turun. Ana sampai di rumah nenek, Mamu pula terus saja berteduh di sebuah kedai.  Mamu sms ana suruh redah saja hujan tu sebab mamu fikir hujan tu mungkin berlarutan hingga ke malam. Seperti janji ana pada Mamu sekiranya kita berjumpa, Ana akan masak untuk Mamu. Dan pagi tadi, ana bangun awal hanya utk masak buat Mamu. Ana masak rebung, kesukaan mamu. Kesukaan kita berdua.

Dalam hujan lebat yang tiada tanda tanda mahu behenti, Ana berlari ke arah mamu sambil memangil2 nama mamu. “Mamu ! Mamu ! Mamuu !!” tapi suara ana seakan hilang dek bunyi hujan yang makin lebat. Skirt labuh dan tshirt yang ana pakai waktu itu sudah lencun basah.

Mamu seakan terdengar pangilan ana lalu datang kepada ana dgn secepat nya. Titisan air hujan yang membasahi baju tidak kita hiraukan. Ana hulurkan bungkusan makanan yang ana masak untuk Mamu , Mamu sambut dengan senyuman. Tak sabar mamu nak merasa masakan ana kan ? Kata mamu ,

“Nanti mamu bagi mak rasa masakan ana ye, biar mak komen. Hehe ”

Begitu teruja mamu waktu itu. Mamu serahkan pula satu beg plastik kepada ana. Seakan sebuah kotak terbungkus cantik di dalam nya. Kita saling berpandangan dan membalas senyuman. Dalam sayu kedengaran ungkapan I love you dari bibir mamu. Perlahan lahan Mamu hilang dari pandangan .Ana berlari balik ke rumah nenek semula.

Tett ,bunyi sms masuk di henfon ana.

“Ana jaga diri taw. Mamu syg ana gak. Nanti jumpa lagi ea”

Mcm baru semalam saja ana jumpa mamu dkt kampung ana. Mcm baru semalam saja mamu ajak ana jumpa sebab nak merasa dating utk kali pertama kan.

I can never thank him enough for doing such thing to me. I just realized that I'm the luckiest girl on earth. Alhamdulillah.

Hari Seterusnya

Ungkapan I love you, Miss you , take care semua tu dulu selalu ana dgr. Walau sibuk mana pun Mamu, mamu masih sempat hantar satu sms utk lega kan hati ana. Mamu tahu ana selalu risau kan mamu. Malam tu, ana rasa sedih rasa akan kehilangan sesuatu. Hati ana tak sedap, ana nak cerita pada mamu tapi Mamu sms ana ,katanya Mamu sdang belajar tomoi ala ala silat. Entah lah, ana tak tanya selanjutnya kerana takut gangu Mamu. Kita sms sehingga ana tertidur lagi. Pukul 3 ana dpt sms dari Mamu. Mamu wish gud night , Mamu ucap kata syg , “i love u syaz” ,pesan itu ini pada ana. Ana baca sms mamu dlm keadaan ngatuk , tiba tiba rasa sayu hati ni. Rupa nya itu sms terakhir dari Mamu.

4 Mei (Jumaat)

Pagi tu bermula dgn damai walaupun fikiran asyik teringatkan Mamu. Rasa risau, rindu, sayang pada Mamu bagaikan menikam nikam dada ana. Puas ana tepis tapi masih teringatkan Mamu. Mamu baik baik je kan ? Ana cuba sedap kan hati sendiri. Ana lihat abah sunggul saja walaupun baru selesai solat jumaat. Adakah abah dapat rasa apa yang ana rasa ? Ana menjeling ke arah henfon. Sunyi …

Langsung tidak berbunyi. Agaknya Mamu masih di masjid atau sudah balik ke tempat kuliah semula. Sms dari Mamu tiada langsung. Bila malam menjelang, pukul 8.56 . tertera nombor di skrin henfon ana. Bagaimana pun, laju saja tangan mencapainya .jari menekan lalu diletak kan di telingga.

“Hello, Assalammualaikum. Saya sepupu Fahmi. Ni awek Along kan. Ni nak bagitau ,jangan terkejut ye. Along dah tak ada. Dia accident lepas solat jumaat tadi.Darah beku dkt kepala, awak bawa bersabar ye”

Mamu tahu reaksi ana waktu tu ? terduduk ana mndengar khabar sedih tu, menitis laju air mata ana. Kepala ana pusing, fikiran ana hanya pada Mamu. Ana pergi pada umi , ana tarik tgn umi. Ana cakap Mamu ana dah tak da. Umi gengam tgn ana sekuatnya. Ana tak mampu nak pandang mata umi, ana pejam mata serapat rapat nya. Bayangan wajah mamu , ketawa mamu, suara nakal mamu , semuanya tergiang giang .

Malam tu ,ana tidur awal .Ana tak sangup nak hadapi kenyataan ni. Jujurnya , ana tak dpt terima kenyataan ni. Ana fikir semua ni gurau dari mamu tapi tidak ! Ana call mak Mamu ,,
Mak cam suara ana, mungkin sebab mak lah yang selalu angkat bila ana call Mamu. Ana dgr mak menangis, mak kata

“ Mamu Syazana dah tak ada , Along dah tak ada , Along dah tak ada ”

 Ayat tu yang di ulang ulang di bibir mak. Susah nya ana nak terima kenyataan ni , kenapa Mamu pergi ?

Malam itu juga, Ana tidur bertemankan air mata dan kotak hadiah yang Mamu berikan pada ana. Ana betul betul kesunyian malam tu. Puas dik Epul pujuk ana tapi ana masih tetap menangis.


Dik Epul: Sbar kak, Kalau arwah tau akak cmni. Sedih dia..Anggapkah ni ketentuan allah, Ni ujian bagi akak, akak kena tabah.


Kemudian ana tertidur.


Pagi Sabtu, ana bangun dari tidur. Berat rasanya mata ni nak terbuka, mungkin bengkak. Belum pernah mata ana bengkak seteruk itu. Walaupun sudah hmpir stengah jam ana bangun, ana masih baring di katil . Fikiran ana hanya pada mamu. Semua yang berlaku terasa bagai mimpi. Seketika kemudian, Wani call. Adik kedua ana, bila dengar saja suara Wani.. ana tak dapat tahan air mata.

Wani dgn ana cuma beza setahun. Dia begitu memahami ana, setiap kata kata yang di ucapkan nya mampu membuatkan ana tenang. Pasti umi yang beritahu tentang mamu pada dia. Wani suruh ana makan tapi ana tak nak. Ye, sejak semalam ana belum makan apa apa. Perut terasa kenyang walaupun kosong. Katanya umi risaukan ana, berkali kali umi pangil ana keluar dari bilik , umi suruh ana makan tapi ana buat endah tak endah. Maafkan akak ye umi, akak tak selera. Umi tentu faham.

Patut lah Mamu selalu emosional akhir akhir itu. Ada suatu malam mamu call ana, Mamu luahkan apa yang terpendam di hati mamu. Mamu mohon maaf pada ana, Mamu ucap kata kata yang sunguh bermakna buat ana. Dan ana ada berjanji pada mamu yang ana akan buat seperti yang Mamu lakukan utk ana malam tu. Tapi hajat ana tidak kesampaian, Mamu pergi dulu sebelum ana tunaikan janji ana. Ana terkilan.

Sekarang

Alhamdulillah , ana sudah boleh terima kenyataan bahawa Mamu sudah tiada. Mamu dan ana berada dalam alam yang berbeza. Pada mulanya ana patah semangat tapi kini. Ana dapat kembali semangat ana yang dulu. Mamu sentiasa dlm hati ana. Kata kata mamu , kenangan kita , semuanya ana sematkan dlm hati ini. Walaupun kekadang ana menangis rindukan Mamu , ana akan tabahkan hati . I won't forget this memory. I just won't. This moment is one of the memories that will always be the highlight in my life.

Cuba untuk senyum tapi masih tak boleh. Mungkin senyuman palsu hmm

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau jauhilah Muhammad fahmi daripada azab kubur dan nerakaMu, Kau peliharalah Muhammad fahmi sebagaimana Kau pelihara orang orang yang mulia disisi Mu. I'm begging you, Ya Allah. Please forgive him. Allahyarham Muhammad fahmi, i hope my prayers for you are the best for you now. 


Insyaallah, satu hari nanti, ana datang ziarah Mamu ye? Al-Fatihah.

2 doakan Syaz tabah:

krelx haz13 said...

Al fatihah,,,smoga arwah tnang d sna,,,amin

krelx haz13 said...
This comment has been removed by the author.
 
Blogger design by suckmylolly.com