Monday, February 4

my mind never sleeps

Ehem, ehem *betul-betulkan baju* Dengan lafaz bismillahhirahmannirrahim , dengan ini saya ingin mengisytiharkan bahawasanya saya dah habis mid exam. Hoyeaah yeah yeah yeahhh *gelek-gelek* k cukup. Sekarang syaz dah balik rumah bersuka ria membuang masa sana sini haha. Student lain cuti sebulan, Matriks Perlis cuti lagi advance tau. Duaaaaa haa , yes dua. Ye dua . Err dua belas hari.

* krik krik krik *


Hai, pejam celik pejam celik lagi 2 bulan lebih lagi Syaz dekat Matrik untuk sem dua ni. Haa jengjengjeng *muka bangga* Tapi, kerja still sama. Kena fikir pasal projek, pasal itu, pasal ini. Sehari tanpa kerja ibarat sebatang pensil boleh beranak. Haa nampak betapa benda ni tak pernah berlaku. Maksudnya tak pernah sehari takde kerja. Kesian. K diam

Tengah cuti-cuti ni, tetibe rasa nak update pasal matriculation life haha. Setiap hari kitorang bergambar. Even baru kenal diorang dekat Matriks tapi rasa macam dah kenal beribu tahun lamanya *ceh ayat* Meh sini nak tunjukkan geng sekutu Syaz yang suka buat gila. I mean, selalu buat Syaz gelak.. Seriously



Atem, Syaz, Sweetheart heww, Akmal, Luke. Yeahh diorang selalu dengan syaz, lagi lagi yang tengah tu. Dia pandai pujuk . dia suka sebut "aippp awak, tak mau tak mau" haha .Atem tu roomates Syaz, kitorang ade gaduh sikit tapi alhamdulillah sekarang dah makin okay :) Yang suka buat muka innocent tu, nama dia Luke. Dia suka sangat buat syaz terkejut. Saja je gesek kaki lah, macam macam peragai.



*tengok yang pakai spek tu* Dia suka sangat buat muka, kalau duduk dengan dia, mesti gelak-gelak. Tapi dia garang.bila dia marah, dia baru je sebut "SYAZZZ" dengan muka serious dia , terus saya kecut .Apapun, kawan dengan dia, best. Dia cool. 


Haa jengjengg . Tudung merah tu, Farah Rohaida tapi glamournya org pangil Ayonk je. Selalu jadi tempat syaz mintak nasihat. Shaf pulak, geng syaz dalam kelas & kuliah. Dalam kelas kitorang selalu duduk berdua je hehe. Ye kami tau kami sweet. 

Setakat ni dulu lah eh , nanti kita sambung lagi. Assalammualaikum



0 doakan Syaz tabah:

 
Blogger design by suckmylolly.com